Ahad, 24 Januari 2016

ayah,palingkan wajahmu kearahku
jangan dibuka pintu itu
kerana sekali kau berlalu
patahlah sayap kananku
ibu,pusingkan wajahmu kearahku
jangan digegarkan arasy Allah yang satu
kerana sekali kau pintal hal itu
ranaplah sayap kiriku
ayah dan ibu,
aku anak yang belum tahu
apa itu tanggungan di bahu
janji Allah aku akan dijaga olehmu
tetapi tidak mengapa
kalau hanya itu jalan yang kamu ada
aku pasrah dalam doa
bahawa janji Allah juga
aku anak akan terbela
dan.....
setiap dari kita
bakal bersatu juga atas nama keadilan di sana

#cahaya.addin
#c&p

Tiada ulasan:

Catat Ulasan